Cerita Kami

Cerita Kami

Cerita Kami

Attire Madness (AM) telah bertapak dalam industri fesyen dan menggunakan medium jualan atas talian sejak tahun 2012 lagi. Kami lebih kepada mengutamakan gaya minimal, selesa dan mudah, ianya sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur.

Di AM, kami tidak terlalu mengejar trend semasa. Kami mahukan setiap koleksi dipakai bertahun lamanya. Jadi kami sangat menitik beratkan pemilihan material yang selesa, design yang minimal dan yang memudahkan hidup anda

Keselesaan & Trend

AM adalah untuk anda yang sentiasa sibuk, inginkan keselesaan untuk setiap pergerakan dan sukakan pelbagai warna menarik.

AM mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan-pelanggan yang setia sejak dari awal kami bertapak dan percaya dengan kualiti servis kami.

Selain mengikut trend semasa, kami juga mementingkan kepuasan pelanggan dari segi kualiti, masa penghantaran dan servis selepas jualan.

Keselesaan & Trend
Kualiti & Masa

Kualiti & Masa

Kualiti dan material yang digunakan salah satu aspek yang penting bagi kami supaya pelanggan semua dapat merasai keselesaan dari sudut padangan dan pemakaian.

Masa adalah penting bagi kita sermua, disebabkan itu material ironless (tidak perlu gosok) mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Kami faham ramai yang sibuk dan kejar masa untuk mereka mengurus dan meneruskan hari-hari mereka. Begitu juga dengan AM, masa produksi dan masa penghantaran adalah satu kunci yang kami jaga supaya pelanggan kami dapat menerima produk setelah membuat tempahan belian.

Updating…
  • No products in the cart.