Nikmati Penghantaran Percuma untuk pembelian RM80 ke atas!

Tunic Tops

Tak perlu iron. Itu perkara utama yang buat saya teruja mengenai Tunic Tops. Tak perlu iron maksud saya disini, walau direnyuk atau dilipat dan disimpan dalam beg, ia tidak meninggalkan kedutan seribu.

Saya begitu teruja apabila pertama kali merasa materialnya. Ya ini adalah baju yang saya rasa wajib ada dalam beg jika hendak kemana-mana. Ia memudahkan hidup saya. Dan disebabkan materialnya seperti berjalur, anda akan nampak lebih ‘kemas’ apabila anda memakai Tunic Tops. Ia akan nampak seperti terletak cantik pada badan anda.

Saya syorkan anda kumpul kesemua warna Tunic Tops kerana semua warnanya menarik dan akan membuatkan warna kulit anda tampak lebih cerah.

Umumnya, tak semua warna sesuai dengan kulit kita. Orang asia selalunya lebih sesuai dengan warna “warm” atau panas – kekuningan. Ia akan menyerlahkan lagi kulit kita dan nampak lebih berseri.

Bagaimana pula dengan warna lembut dan cerah?

Dengan pemilihan warna yang betul, anda pasti akan nampak cantik dengan warna lembut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Join Mad Party!