Nikmati Penghantaran Percuma untuk pembelian RM80 ke atas!

Cerita Bunga

Bila saya terlihat set warna dan corak Bunga, hati saya terus tertarik padanya. Lama saya belek, melihat pilihan yang ada. Kemudian, saya buat keputusan untuk masukkan Bunga dalam koleksi Attire Madness.

Bunga terbahagi kepada 2 kategori – Daisy dan Sakura. Daisy adalah corak bunga kecil yang jarang, manakala Sakura adalah bunga yang kelihatan merimbun.

Kenapa Bunga? Ia adalah signifikasi kepada hati wanita. Yang lembut tetapi tetap teguh berdiri, berkembang dan mekar. Ada sesetengahnya perlu diberi perhatian yang lebih, ada yang boleh tumbuh liar. Walau macammana keadaan pun, Bunga tetap cantik dipandang.

Percayalah, walau sekeras mana pun anda, bila anda sarungkan Bunga pasti anda kelihatan feminin dan lembut.

Ia menjadi sumber inspirasi kepada Attire Madness supaya dapat mengeluarkan koleksi untuk anda yang kuat, baik hati dan bercita-cita tinggi.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Join Mad Party!