• Address: 70450 Seremban, Negeri Sembilan
  • Whatsapp  +6016 336 6042
  • Hours: 7 Days a week from 10-00 am to 10-00 pm

Fabrik organik. Pernah dengar istilah ini sebelum ni? Kami percaya rata-rata anda tak pernah dengar  tentang istilah ni kerana selalunya perkataan organik hanya digunakan untuk makanan atau tumbuhan. Oleh itu, jom baca perkongsian seterusnya tentang fabrik organik ini.

Fabrik organik ditafsir sebagai fabrik yang diperbuat daripada bahan semulajadi kulit haiwan, kepompong ulat sutera, atau biji tumbuh-tumbuhan, daun dan batang tanpa dicampur dengan bahan tambahan lain. Dah nampak kaitan antara fabrik organik dan bahan asasnya? Jom tengok pula jenis-jenis fabrik yang tergolong dalam jenis fabrik organik ini.

  1. Cotton/kain kapas

Kain yang sangat mesra pengguna dan sesuai dengan pelbagai jenis iklim ini diperbuat daripada serat kapas yang dipintal menjadi benang sebelum ditenun. Tekstur lembutnya memberikan keselesaan berpanjangan. Sesuai dengan sifat kapas itu sendiri yang lembut dan menyerap dengan baik, kain kapas memberi effect penyejukan pada musim panas dan menyerap peluh dengan baik. Ketika cuaca sejuk, fabrik ini pula bertindak sebagai penebat haba bagi mengatasi kesejukan. Melihat kepada ciri-ciri fabrik ini sendiri, tidak hairanlah rata-rata pakaian bayi, kanak-kanak mahupun orang dewasa diperbuat daripada fabrik ini.

 

  1. Silk/sutera

Kain sutera diperbuat daripada benang lembut  dan halus yang didapati daripada sejenis ulat. Sebut saja sutera pasti anda terbayangkan kelembutan dan kilauan fabrik itu. Tahukah anda, walaupun sutera bersifat lembut dan ringan, namun ia adalah fabrik semulajadi yang terkuat di dunia. Terkenal dengan kelembutan, kilauan, cantik dan berpenampilan mewah, kain sutera adalah salah satu fabrik high-grade yang memberikan keselesaan kepada si pemakai dalam semua jenis cuaca, sama seperti fabrik cotton. Hari ini, terdapat pelbagai jenis fabrik berbeza dari sutera yang terdapat di pasaran seperti Chiffon, Georgette, Organza, krep de Chine, Duponi, Noil, Pongee, Shantung, Tussar, dan lain-lain. Walaupun tekstil sutera India terkenal di seluruh dunia, namun China kekal sebagai negara pengeluar dan pengeksport sutera terbesar di dunia walau terdapat Negara lain yang menghasilkan fabrik ini dengan menggunakan teknologi lebih canggih.

silk

Pintalan benang sutera yang belum diproses (Foto dari  Kraig Biocraft Laboratories Inc)

 

  1. Linen

Dipanggil sebagai raja fabrik semula jadi, linen diperbuat daripada serat pokok flaks. Ia adalah serat semula jadi dan dianggap selamat untuk semua jenis kulit tanoa menyebabkan sebarang kegatalan atau alahan. Linen digunakan dengan meluas untuk membuat pakaian dan juga kelengkapan rumah seperti cadar, alas meja, langsir dan lain-lain.

linen

Contoh fabrik linen (foto dari http://www.sahnifabs.com/linen-fabrics.html)

 

  1. Wool/ kain bulu

Kain bulu dinamakan sempena nama bahan asas yang digunakan untuk membuat fabrik ini iaitu serat dari bulu haiwan. Selain serat dari bulu biri-biri, serat lain yang turut digunakan ialah  serat cashmere dari kambing Kasymir, mohair dari kambing Anggora,, qiviut dari muskoxen dan serat angora dari arnab angora. Kain bulu dilengkapi dengan ciri-ciri seperti memanaskan, tidak mudah berkedut dan lusuh, ringan, tahan lama dan juga menyerap lembapan. Sebahagian besar fabrik ini  digunakan dalam selimut dan permaidani.

wool

Contoh penggunaan kain bulu (foto dari http://www.newlanarkblog.org)

 

  1. Leather/kain kulit

Kain kulit diperbuat daripada kulit haiwan yang diproses. Selesa dipakai dalam kedua-dua keadaan panas dan sejuk, kain kulit tidak terjejas oleh suhu sekitarnya. Fabrik ini umumnya memberi impak mewah, klasik,elegan dan selesa disentuh kerana sifatnya yang lembut dan anjal. Jika kain ini diperbuat dari kulit asli dan bukannya tiruan seperti yang dijual secara meluas dipasaran, ianya mampu menyerap lembapan dengan baik, tidak akan mengecut bila dicuci dan meregang dengan baik bila dipakai.

 

  1. Ramie, hemp, jute/kain rami

Kain rami dikenali dengan banyak nama. Ada yang mengenali fabrik ini dengan nama ‘jut’, ada juga yang kenalinya dengan nama ‘kain guni’ kerana teksturnya yang seakan guni barang. Diperbuat daripada  serat pokok ‘Rami’ (Boehmeria nivea), fabrik ini menyerap lembapan dengan baik dan tekstur berliangnya membenarkan pengudaraan yang sempurna menjadikan ia kain yang sangat sesuai dipakai pada musim panas.  Penggunaan kain rami tidak terhad kepada pakaian sahaja malah digunakan secara meluas dalam penghasilan kasut, perabot, aksesori dan kelengkapan rumah.

rami

                                                                                                          Close up bagi tekstur kain rami (foto dari Google)

 

Dah baca ciri-ciri setiap fabrik organik ini? Jadi selepas ini anda boleh lah aplikasikan ilmu ini dalam memilih fabrik pakaian anda nanti